Wednesday, November 25, 2009

Sekadar Berkongsi

PEMINDAHAN SUM-SUM TULANG (BONE MARROW TRANSPLANTATION) – TANYA-SOAL UNTUK PESAKIT-PESAKIT DAN KELUARGA


Apa itu sum-sum tulang (bone marrow)?
Sum-sum tulang adalah tisu yang didapati di dalam tulang. Sum-sum tulang menghasilkan bahagian-bahagian darah termasuk:


1. Sel darah putih – berfungsi menentang penyakit

2. Sel darah merah -berfungsi mengangkut oksijen

3. Platelets – berfungsi menolong menghalang pendarahan


Apa itu pemindahan sum-sum tulang?
Pemindahan sum-sum tulang allogeneic – ini adalah pemindahan sum-sum dari penderma kepada penerima (pesakit). Penderma biasanya adik-beradik (abang atau kakak) pesakit yang mana jenis tisunya adalah sama.


Pemindahan sum-sum tulang autologous – ini terjadi bila sum-sum tulang pesakit diambil terlebih dahulu dan disimpan, dan diberikan semula kepada pesakit kemudiannya.


Siapa yang patut menerima pemindahan sum-sum tulang?
Ada 3 perkara yang sangat penting dalam menentukan pemindahan sum-sum tulang:


(i) Umur – lebih meningkat tua umur pesakit, lebih banyak risiko pemindahan kerana meningkatnya kejadian komplikasi. Di Malaysia, had umur tertinggi untuk menjalani pemindahan sum-sum tulang adalah sekitar 40 tahun.

(ii) Kesesuaian penyakit – Pemindahan sum-sum tulang bukanlah sesuai untuk semua jenis penyakit darah. Ianya sangat berjaya untuk penyakit “acute myeloid leukaemia” dan juga penyakit “chronic myeloid leukaemia” dalam peringkat awal. Bagi penyakit “aplastic anaemia”, sum-sum baru diperlukan untuk menggantikan sum-sum tulang yang telah tidak berfungsi.

(iii) Kesesuaian penderma- Pemindahan sum-sum tulang allogeneic memerlukan penderma yang mempunyai tisu yang serupa dengan pesakit. Tiada had umur untuk penderma, asalkan mereka sesuai untuk diberi bius am (general anaesthesia)


Bagaiman tisu dijeniskan?
Menjeniskan tisu dilakukan melalui ujian darah. Nama lain untuk penjenisan tisu ialah “HLA typing”. Di Malaysia, penjenisan tisu dilakukan di Pusat Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur.Pemilihan penderma yang bersesuaian biasanya adalah dari abang atau kakak pesakit. Hanya 1 dalam 4 peluang dari seorang abang atau kakak pesakit untuk mempunyai sum-sum yang sesuai. Walau bagaimanapun, peluang untuk ahli-ahli keluarga yang lain (ibubapa atau anak-anak) untuk mendapat tisu yang serupa adalah sangat rendah (lebih kurang 1 dalam 100). Ini kerana jenis tisu punca dari keturunan dari kedua-dua belah keluarga pesakit. Maka jenis tisu yang sama biasanya kenal pasti dari abang atatu kakak pesakit yang mempunyai keturunan HLA yang sama.


Apakah masaalah yang mungkin timbul perkaitan dengan pemindahan sum-sum tulang?
-Kemandulan (sterility)- ketidakupayaan untuk memperolehi anak merupakan kesan sampingan dalam pemindahan sum-sum tulang. Walau bagaimanapun aktiviti sexual tidak terganggu. Di luar negri, pusat bank air mani diwujudkan sebagai pilihan untuk pesakit lelaki.-Perubahan kulit dan keguguran rambut- rambut akan gugur hanya sementara dan akan tumbuh semula selepas pemindahan dilakukan. Manakala perubahan pada kulit terjadi disebabkan oleh kemoterapi yang dilakukan semasa pemindahan tetapi ianya juga hanya sementara.-Mucositis – semasa pemindahan , semua pesakit akan mengalami sakit mulut disebabkan kesan kemoterapi dan ianya untuk tempoh sementara. Pada masa ini pesakit tidak boleh makan dan bergantung kepada saluran intravena untuk zat-zat makanan.-Graft-versus-host-disease – ini merupakan komplikasi baru pemindahan berpunca dari tindakbalas sel-sel immune (pertahanan tubuh) penderma terhadap penerima (pesakit). Ini boleh menyebabkan ruam-ruam, peradangan buah hati dan juga peradangan tali usus.Komplikasi ini biasanya dapat dirawat dengan ubat.-Jangkitan (infections) – Semasa dan selepas pemindahan sum-sum tulang, pesakit akan mengalami risiko tinggi mendapat jangkitan dan akan diberi antibiotik dan juga penjagaan yang teliti selama lebih kurang satu tahun. .


Apakah yang akan dialami oleh pesakit semasa rawatan?


Pesakit akan dirawat di hospital selama satu bulan dan selepas tempoh ini, dikehendaki datang tiga kali seminggu untuk rawatan rapi seterusnya untuk tempoh dua bulan.Ketika berada di hospital, sejenis alat khas yang dipanggil “Hickman catheter” dipasang (dengan menggunakan cara pembedahan kecil) – ianya bertujuan untuk memberi pesakit cecair, kemoterapi, transfusi darah dan juga zat-zat makan terus ke darah.Pesakit seterusnya akan menerima “conditioning kemoterapi” iaitu membuat persediaan bagi sum-sum tulang untuk menerima sum-sum tulang baru. Kesan sampingan “conditioning kemoterapi ” ini termasuk muntah, cirit birit dan kadang-kadang pendarahan dari pundi kencing (bladder).Sum-sum baru yang diambil dari penderma kemudiannya dipindah kepada pesakit. Kiraan darah pesakit akan jadi rendah untuk tempoh dua hingga tiga minggu sebelum sum-sum tulang baru berfungsi.Pesakit dikehendaki mengambil ubat untuk tempoh satu tahun.


Apakah yang akan dialami oleh penderma?
Penderma akan menjalani peperiksaan perubatan untuk memastikan kegerasannya untuk bius am. Seunit darah akan diambil seminggu sebelum pembedahan dan ini akan diberi kembali kepada penderma pada masa pembedahan. Ini untuk mengurangkan keperluan untuk transfusi darah tambahan. Pembedahan atau “bone marrow harvest” akan dilakukan dibawah bius am (general anaesthesia) dan sum-sum tulang akan diambil menggunakan jarum istimewa dari tulang pelvis (hip bone). Tidak ada kesan sampingan cuma penderma akan rasa sakit di bahagian tulang pelvis untuk beberapa hari selepas pembedahan. Penderma biasanya duduk dalam hospital untuk tempoh tiga hari sahaja. Kadangkala, penderma dan keluarga dikehendaki untuk menderma darah platelets untuk beberapa minggu selepas pembedahan. Ini dilakukan dengan menggunakan mesin khas untuk mengambil darah (dari saluran darah vena di tangan) yang dinamakan “cell separator”. Mesin ini akan mengambil sel platelet sahaja dari darah dan kembalikan sel darah merah kepada penderma. Ini merupakan prosedur sakit luar sahaja (mengambil masa 1-2 jam) dan diperlukan lebihkurang 20% pemindahan sum-sum tulang apabila tranfusi darah platelets yang biasa tidak berkesan.


Di mana pesakit boleh membuat pemindahan sum-sum tulang dan berapakah harganya?
Di Malaysia, pemindahan sum-sum tulang untuk pesakit-pesakit dewasa sedang dilaksanakan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur. Untuk kanak-kanak, pemindahan sum-sum tulang dilaksanakan di Hospital Universiti Kuala Lumpur dan juga Institut Pediatrik Kuala Lumpur. Untuk membuat pemindahan sum-sum tulang di luar negeri, belanjaan amat tinggi, lebih kurang MR200,000.Rancangan pemindahan sum-sum tulang untuk pesakit dewasa di Hospital Universiti telah dilaksanakan pada tahun 1993 dan perbelanjaan dikalangan MR40-60,000 setiap orang pesakit



~nape kongsi artikel ni??


*kerana adik angkat hida da nk kena amik air sum-sum tulang..


~apekah kesannye?

* orang kata kesannye mungkin mengalami lumpuh....


24/11/2009, Selasa... hida da pi tgk die kt Hospital Ampuan Rahimah, Klang... balik dari Perak, terus bergegas ke sana. Tak penah drive sorang2 melebihi had laju. ape yang ada dalam hati adalah ingin berjumpa dgn adik angkat.. sampai di Puchong, amik sahabat and terus masuk tol KESAS.. menuju ke Bandar Klang.. MasyaAllah... lajunye hida bawak.. sahabat tenangkan hida. bukan sesaje nk bawak laju, tapi hati ni da melonjak2 nk jumpe adik angkat tu. 

Erm.. Mungkin sebab da lame tak jumpe. Last pn mase hida sem 2 n adik ni br jek abis sek... ngeee.... rindu sgt2.  Sampai je kt spital klang tu, terus je wat muka selamba pi carik wad G2. padahal waktu melawat da tamat. Ye la, hida sampai pn da pukul 7 mlm. Minachi guard tu da pandang semacam je. biar la! (hida kn degil!!) hehehe... Itupun hida speed tahap drift punye... Sampai2 je, rase cam nk nangeh je tgk adik, ye ar....muka pn da pucat...badan pn makin kurus. Allah sahaja yang tahu...

tapi demi menjaga hati die, air mata ni hida tahan gak, x nk die nampak. Alhamdulillah, die pn memang jenis hepi orgnye. kite yg nk nangis pn, x jadik nk nangis sebab die yang wat lawak. sepatutnye kite yang hiburkan hati die, tp die lak yang hiburkan hati kite. Hehe..  Ape la punye kakak!!  Time hida sampai tu, nurse baru nk masukkan darah merah kt die. die cocok tang sana, die cocok tang sini.. ngeeee.....ngeri..

Ha... Lupe lak, hida sempat gak wat kek batik untuk adik. sebab adik suke kek batik. Aritu mase besday die, 19/11/2009 ade la die ckp that die nk kek batik.  Alamak... x pandai wat la. Aci cube2 je. haha... Alhamdulillah, menjadi jugak n die mkn.. tengah borak2... tibe2 minachi guard tu dtg... n bagitau waktu melawat da tamat.  Orait.. kitorang faham (padahal wat muka toya je tanak kuar)


Dah kul 7.15mlm, minachi tu datang lagi... adei....! kali ni memang kena kuar. die iring kami cam bodyguard je sampai pintu kuar. Ngeh2.. sadis sungguh... apepun, minachi itu hanye menjalankan tugasnye. (saye redha) Mase nk balik tu, agak keberatan untuk meninggalkan adik dalam keadaan mcm tu..... Erm... Mudah - mudahan die cepat sembuh... Jika ade alternatif lain, cube dulu, pastu baru la amik air sum -sum tu... Permudahkan urusannya...... Amin.

Saturday, November 21, 2009

Kerja... Kerja..


Dah lame hida tak update blog ni... mungkin kerana kebizian yang melanda.. kerje.. kerje.. dan kerje.. dan mungkin kerana emosi yang terganggu.. ngeh2.. poyo je..