Wednesday, November 25, 2009

Sekadar Berkongsi

PEMINDAHAN SUM-SUM TULANG (BONE MARROW TRANSPLANTATION) – TANYA-SOAL UNTUK PESAKIT-PESAKIT DAN KELUARGA


Apa itu sum-sum tulang (bone marrow)?
Sum-sum tulang adalah tisu yang didapati di dalam tulang. Sum-sum tulang menghasilkan bahagian-bahagian darah termasuk:


1. Sel darah putih – berfungsi menentang penyakit

2. Sel darah merah -berfungsi mengangkut oksijen

3. Platelets – berfungsi menolong menghalang pendarahan


Apa itu pemindahan sum-sum tulang?
Pemindahan sum-sum tulang allogeneic – ini adalah pemindahan sum-sum dari penderma kepada penerima (pesakit). Penderma biasanya adik-beradik (abang atau kakak) pesakit yang mana jenis tisunya adalah sama.


Pemindahan sum-sum tulang autologous – ini terjadi bila sum-sum tulang pesakit diambil terlebih dahulu dan disimpan, dan diberikan semula kepada pesakit kemudiannya.


Siapa yang patut menerima pemindahan sum-sum tulang?
Ada 3 perkara yang sangat penting dalam menentukan pemindahan sum-sum tulang:


(i) Umur – lebih meningkat tua umur pesakit, lebih banyak risiko pemindahan kerana meningkatnya kejadian komplikasi. Di Malaysia, had umur tertinggi untuk menjalani pemindahan sum-sum tulang adalah sekitar 40 tahun.

(ii) Kesesuaian penyakit – Pemindahan sum-sum tulang bukanlah sesuai untuk semua jenis penyakit darah. Ianya sangat berjaya untuk penyakit “acute myeloid leukaemia” dan juga penyakit “chronic myeloid leukaemia” dalam peringkat awal. Bagi penyakit “aplastic anaemia”, sum-sum baru diperlukan untuk menggantikan sum-sum tulang yang telah tidak berfungsi.

(iii) Kesesuaian penderma- Pemindahan sum-sum tulang allogeneic memerlukan penderma yang mempunyai tisu yang serupa dengan pesakit. Tiada had umur untuk penderma, asalkan mereka sesuai untuk diberi bius am (general anaesthesia)


Bagaiman tisu dijeniskan?
Menjeniskan tisu dilakukan melalui ujian darah. Nama lain untuk penjenisan tisu ialah “HLA typing”. Di Malaysia, penjenisan tisu dilakukan di Pusat Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur.Pemilihan penderma yang bersesuaian biasanya adalah dari abang atau kakak pesakit. Hanya 1 dalam 4 peluang dari seorang abang atau kakak pesakit untuk mempunyai sum-sum yang sesuai. Walau bagaimanapun, peluang untuk ahli-ahli keluarga yang lain (ibubapa atau anak-anak) untuk mendapat tisu yang serupa adalah sangat rendah (lebih kurang 1 dalam 100). Ini kerana jenis tisu punca dari keturunan dari kedua-dua belah keluarga pesakit. Maka jenis tisu yang sama biasanya kenal pasti dari abang atatu kakak pesakit yang mempunyai keturunan HLA yang sama.


Apakah masaalah yang mungkin timbul perkaitan dengan pemindahan sum-sum tulang?
-Kemandulan (sterility)- ketidakupayaan untuk memperolehi anak merupakan kesan sampingan dalam pemindahan sum-sum tulang. Walau bagaimanapun aktiviti sexual tidak terganggu. Di luar negri, pusat bank air mani diwujudkan sebagai pilihan untuk pesakit lelaki.-Perubahan kulit dan keguguran rambut- rambut akan gugur hanya sementara dan akan tumbuh semula selepas pemindahan dilakukan. Manakala perubahan pada kulit terjadi disebabkan oleh kemoterapi yang dilakukan semasa pemindahan tetapi ianya juga hanya sementara.-Mucositis – semasa pemindahan , semua pesakit akan mengalami sakit mulut disebabkan kesan kemoterapi dan ianya untuk tempoh sementara. Pada masa ini pesakit tidak boleh makan dan bergantung kepada saluran intravena untuk zat-zat makanan.-Graft-versus-host-disease – ini merupakan komplikasi baru pemindahan berpunca dari tindakbalas sel-sel immune (pertahanan tubuh) penderma terhadap penerima (pesakit). Ini boleh menyebabkan ruam-ruam, peradangan buah hati dan juga peradangan tali usus.Komplikasi ini biasanya dapat dirawat dengan ubat.-Jangkitan (infections) – Semasa dan selepas pemindahan sum-sum tulang, pesakit akan mengalami risiko tinggi mendapat jangkitan dan akan diberi antibiotik dan juga penjagaan yang teliti selama lebih kurang satu tahun. .


Apakah yang akan dialami oleh pesakit semasa rawatan?


Pesakit akan dirawat di hospital selama satu bulan dan selepas tempoh ini, dikehendaki datang tiga kali seminggu untuk rawatan rapi seterusnya untuk tempoh dua bulan.Ketika berada di hospital, sejenis alat khas yang dipanggil “Hickman catheter” dipasang (dengan menggunakan cara pembedahan kecil) – ianya bertujuan untuk memberi pesakit cecair, kemoterapi, transfusi darah dan juga zat-zat makan terus ke darah.Pesakit seterusnya akan menerima “conditioning kemoterapi” iaitu membuat persediaan bagi sum-sum tulang untuk menerima sum-sum tulang baru. Kesan sampingan “conditioning kemoterapi ” ini termasuk muntah, cirit birit dan kadang-kadang pendarahan dari pundi kencing (bladder).Sum-sum baru yang diambil dari penderma kemudiannya dipindah kepada pesakit. Kiraan darah pesakit akan jadi rendah untuk tempoh dua hingga tiga minggu sebelum sum-sum tulang baru berfungsi.Pesakit dikehendaki mengambil ubat untuk tempoh satu tahun.


Apakah yang akan dialami oleh penderma?
Penderma akan menjalani peperiksaan perubatan untuk memastikan kegerasannya untuk bius am. Seunit darah akan diambil seminggu sebelum pembedahan dan ini akan diberi kembali kepada penderma pada masa pembedahan. Ini untuk mengurangkan keperluan untuk transfusi darah tambahan. Pembedahan atau “bone marrow harvest” akan dilakukan dibawah bius am (general anaesthesia) dan sum-sum tulang akan diambil menggunakan jarum istimewa dari tulang pelvis (hip bone). Tidak ada kesan sampingan cuma penderma akan rasa sakit di bahagian tulang pelvis untuk beberapa hari selepas pembedahan. Penderma biasanya duduk dalam hospital untuk tempoh tiga hari sahaja. Kadangkala, penderma dan keluarga dikehendaki untuk menderma darah platelets untuk beberapa minggu selepas pembedahan. Ini dilakukan dengan menggunakan mesin khas untuk mengambil darah (dari saluran darah vena di tangan) yang dinamakan “cell separator”. Mesin ini akan mengambil sel platelet sahaja dari darah dan kembalikan sel darah merah kepada penderma. Ini merupakan prosedur sakit luar sahaja (mengambil masa 1-2 jam) dan diperlukan lebihkurang 20% pemindahan sum-sum tulang apabila tranfusi darah platelets yang biasa tidak berkesan.


Di mana pesakit boleh membuat pemindahan sum-sum tulang dan berapakah harganya?
Di Malaysia, pemindahan sum-sum tulang untuk pesakit-pesakit dewasa sedang dilaksanakan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur. Untuk kanak-kanak, pemindahan sum-sum tulang dilaksanakan di Hospital Universiti Kuala Lumpur dan juga Institut Pediatrik Kuala Lumpur. Untuk membuat pemindahan sum-sum tulang di luar negeri, belanjaan amat tinggi, lebih kurang MR200,000.Rancangan pemindahan sum-sum tulang untuk pesakit dewasa di Hospital Universiti telah dilaksanakan pada tahun 1993 dan perbelanjaan dikalangan MR40-60,000 setiap orang pesakit



~nape kongsi artikel ni??


*kerana adik angkat hida da nk kena amik air sum-sum tulang..


~apekah kesannye?

* orang kata kesannye mungkin mengalami lumpuh....


24/11/2009, Selasa... hida da pi tgk die kt Hospital Ampuan Rahimah, Klang... balik dari Perak, terus bergegas ke sana. Tak penah drive sorang2 melebihi had laju. ape yang ada dalam hati adalah ingin berjumpa dgn adik angkat.. sampai di Puchong, amik sahabat and terus masuk tol KESAS.. menuju ke Bandar Klang.. MasyaAllah... lajunye hida bawak.. sahabat tenangkan hida. bukan sesaje nk bawak laju, tapi hati ni da melonjak2 nk jumpe adik angkat tu. 

Erm.. Mungkin sebab da lame tak jumpe. Last pn mase hida sem 2 n adik ni br jek abis sek... ngeee.... rindu sgt2.  Sampai je kt spital klang tu, terus je wat muka selamba pi carik wad G2. padahal waktu melawat da tamat. Ye la, hida sampai pn da pukul 7 mlm. Minachi guard tu da pandang semacam je. biar la! (hida kn degil!!) hehehe... Itupun hida speed tahap drift punye... Sampai2 je, rase cam nk nangeh je tgk adik, ye ar....muka pn da pucat...badan pn makin kurus. Allah sahaja yang tahu...

tapi demi menjaga hati die, air mata ni hida tahan gak, x nk die nampak. Alhamdulillah, die pn memang jenis hepi orgnye. kite yg nk nangis pn, x jadik nk nangis sebab die yang wat lawak. sepatutnye kite yang hiburkan hati die, tp die lak yang hiburkan hati kite. Hehe..  Ape la punye kakak!!  Time hida sampai tu, nurse baru nk masukkan darah merah kt die. die cocok tang sana, die cocok tang sini.. ngeeee.....ngeri..

Ha... Lupe lak, hida sempat gak wat kek batik untuk adik. sebab adik suke kek batik. Aritu mase besday die, 19/11/2009 ade la die ckp that die nk kek batik.  Alamak... x pandai wat la. Aci cube2 je. haha... Alhamdulillah, menjadi jugak n die mkn.. tengah borak2... tibe2 minachi guard tu dtg... n bagitau waktu melawat da tamat.  Orait.. kitorang faham (padahal wat muka toya je tanak kuar)


Dah kul 7.15mlm, minachi tu datang lagi... adei....! kali ni memang kena kuar. die iring kami cam bodyguard je sampai pintu kuar. Ngeh2.. sadis sungguh... apepun, minachi itu hanye menjalankan tugasnye. (saye redha) Mase nk balik tu, agak keberatan untuk meninggalkan adik dalam keadaan mcm tu..... Erm... Mudah - mudahan die cepat sembuh... Jika ade alternatif lain, cube dulu, pastu baru la amik air sum -sum tu... Permudahkan urusannya...... Amin.

Saturday, November 21, 2009

Kerja... Kerja..


Dah lame hida tak update blog ni... mungkin kerana kebizian yang melanda.. kerje.. kerje.. dan kerje.. dan mungkin kerana emosi yang terganggu.. ngeh2.. poyo je..

Saturday, October 3, 2009

SeSaJe

shedapnye minum.. share lak tu... em.. pic nih time mkn satey kt tepi Sg Batu Pahat. wif my sahabat.. faezah sharudin. adie.. rindu same kamoo la ija!

Thursday, September 10, 2009

Marwa Al-Sharbini

Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.
Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid. Satellite Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “terrorist” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali.

Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden. Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya. Hari Jilbab Antarabangsa Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet. Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini.

Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer. Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed. Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat.

“Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja. Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujar Mohammed Al-Bazzawi.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini. Akhbar Jerman perleceh Marwa as Sharbini Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim. Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu. Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa.

Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.

Tuesday, August 25, 2009

DeMaM KoNvO

Balik je dari Batu Pahat tu, hida terus demam. ari jumaat tu MC.. ari isnin n selasa pn same. Pi spital Tawakal, amik darah. Alhamdulillah, xde pa pe. takut la yg .............'tut'

Tuesday, August 11, 2009

KONVO ~ Majlis Penghargaan INSEP ~

11 ogos 2009.. Alhamdulillah,telah berlansungnye Majlis Penghargaan Program peningkatan Kemahiran Untuk Siswazah. Majlis ni telah berlansung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

segalanye berjalan lancar...
em, sebelum hari konvo tu, da rancang ngan kwn2, nk booking hotel n tido sesame. tp apekan daya, masing2 sibok je. so, pade 10 ogos tu, hida gi je ngan family. ~mak, abah, abg mie n i~

masih x sempat nk upload gambo. yer ler.. kite ni mane ade camera, semenjak camera ilang di air terjun bekok, segamat. huhu..
pade 10 ogos tu, keje half day je. pastu, tghari balik, n siap2 nk ke BP. family amik kt gombak pastu terus ke BP around 3pm. patu terus ke BP.. misi mencari hotel... huhu.. sampai around 7pm. adui.. lamenye.... ku cari, cari, cari dan mencari!

Katerina Hotel - full
Crystal Inn -full.

lastly, kitorang pi Garden Hotel.



huhu.. so far ok la. RM120 je... mlm tu pi mkn kt kedai tepi Sg B.Pahat. dpt gak mengimbau kembali kenangan mase bersame bdk2 Automasi. TokDin blanje kitorg satey kt sini.


ESOKnye.....adei.. terase malas je nk bgn. penat dalam perjalanan x abis lg, pastu dah kena bgn utk aktiviti berikutnye. haritu agak terlewat jugak la sampai ke UTHM. denagn x makannye, kesian mak.. sampai sane dalam kul 8.30. gelabah je pi daftar kt Dataran Anggerik tu. sign kedatangan, amik jaket INSEP and terus je melulu masuk ke dalam dewan. tercangak2 cari si faezah and automation batch. huhu... jumpe gak. dok kt sebelah man.
agak bising gak dewan kerana masing2 sibuk bercerita tentang keadaan masing2 selepas insep. hida pn x ketinggalan..
Agak menarik juga Majlis Penghargaan ni. terima kasih kepada Organiser.. bnyk gak persembahan.. em, selepas kami terima sijil, ade penghargaan untuk staf cemerlang. memang terkejut + hepi la kitorg bile En Hairul Azwan dpt anugerah tu.. kelas kitorg je yg bg tepukan gemuruh! ngeh2......!
mase tamat majlis tu, agak kelam skit la. tak dapat nk jumpe member2 untuk borak lame2. sume da nk balik.. sebab ade yg ngan family n nk balik ke tempat keje masing2. tp xpe la kn, sebab da jumpe dlm dewan.........
kepade kawan2 Automasi Industri dan INSEP Fasa 2 2008. semoga berjaya dalam ape bidang dan kerjaya yang anda miliki.

Thursday, July 23, 2009

Time To Work....! hahaha

wa...da lamenye x bukak blog ni.

x sempat nk update pn. hahaha...

actually, hida dpt keje kt TM.

as a technical assiatant je... diploma kan.. huhu..

1 julai da start.. bermulanye dgn Induksi Program kt TM taiping

(TM Training Centre) selama 2 minggu lebih (1Julai smpai 18 Julai)

la ni da posting at TM BATU, Jln Ipoh...