Wednesday, December 30, 2009

Ketentuan Ilahi Yang Tak Siapa Tahu.

30 December 2009

Akak (20:13) : ali, u ok?
Adik (20;43) : alhmdllh ok. Drah je x sngat. Actly doct da bgtau sakit ali. Akak nk tau ke?
Akak (20;44) : akak nk tau.. plezz…
Adik (20;50) : Doct kate ali luekimia.. tp, x tau lg lukimia jenis pe. Kes ali sgt cmplectd.
Treatmentnye pn cm menakutkn. Smpai abah mntk tangguh lg.. Xsmpai ati
tengok abah yag bengis, tegas pn risau.
Akak (21;02) : ??? sgt teejut. Ali, kte kena pasrah. Semua ketentuanNya. Akak pn tau, ali kn blh
trime kenyataan.. ali, 1 benda ali tau kn? Akak syg ali..
Adik (21:07) : ye kak, insyaAllah. Tp, abah try ihktiar lg, ilmu Allah luas kn… ye kak, ali pn
nmpak. Smua rsau, smua try tlg ali.. allah ye tau..
Tak tahan sangat masa ni bila dapat berita macam ni. Terus je menangis, sedangkan ini Qada dan Qadar Allah yang mana janjiNya pasti berlaku.



“ Wahai Tuhan kami. Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami kepada bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau berikan kepada orang yang terdahulu dari kami. Wahai tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak kami terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan ami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat epada kami. Engkau penolong kami. Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir..”

(Surah al-Baqarah 2:286)


Gambar ni diambil mase kami pi melawat ali kt Hospital Ampuan Rahimah Klang pada 13 disember. Kami datang wat rombongan. Hehe.. hida, shida, ija, dayah, pali, megat and mak megat.. ermm… Nampak mukanye yang pucat. Tp ni da edit. So x nmpk sgt pucat die. Hepi sgt die time we all sampai tu. Kami sempat la jugak bawak kek yang hida tempah pd shida yang dibeli di Restoran LaRizz..
Balik tu, sempat pula kami singgah minum ABC di S.Alam.. nyum2.. shedap!! Ajak acap insep turun skali..






Mesti Komited Kepada Pelanggan…
Dan Berusaha Sehabis Upaya
Tunjuan Kesefahaman Tinggi
Berfikiran Terbuka Sepanjang Masa
Jujur Ikhlas Dan Dipercayai
Pada Rakan Teman Dan Semua
Amalkan Hormat Menghormati
Bekerja Penuh Dengan Dedikasi
Mari Kite Melangkah Bersatu
Sajikalah Perkhidmatan Bermutu
Menempuh Segala Cabaran
Tm Kebanggaan Negara
Mari Kite Melangkah Bersatu
Sajikalah Perkhidmatan Bermutu
Menempuh Segala Cabaran
Pasti Kita Unggul, Pasti Kita Unggul Selalu…



Best la lagu TM ni. Hehe..sekali dengar terus hafal. Lagipun memang kena hafal sejak dari kursus induksi di TM Taiping tu. Ye la, sebagai salah seorang daripada kakitangan Telekom Malaysia, mesti la kena tau lagu ni.
Pejam celik, makan tido, hujan panas, solat wajib solat sunat, naik motor naik keta, pegi keje balik keje, rupa-rupanya dah masuk 5 bulan hida keje di TM ni. Huk2.. walaupun pening keje kt sini, tp hida besyukur sebab rezeki keje ni Dia yang anugerahkan. Mungkin diluar sana ramai lagi rakan sebaya hida yang belum lagi menempatkan diri di alam pekerjaan dan masih tercari-cari dan ternanti-nanti bila mereka akan dapat kerja (except la yg study tu) Walaupun dah 5 bulan keje, tp hida br je dapat passcard dari Menara TM ni. Proses agak lambat. Mungkin kerana TM ni ramai sgt pekeje, so diorang x sempat la nk siapkan cepat2 passcard hida yang hanya pekeje bawahan ni. Huhu… Suka betul dapat passcard ni. Nanti boley la apply streamyx guna staffpackage. Murah je.. ngeh2…


Taman Tasik Titiwangsa

Malasnye nk pi keje arini.. adei… rase mcm ni pi jenjalan je… kewangan lak x stabil.. ermm…ape kate kita pi Taman Tasik Titiwangsa!! Jom2. hehe… saje nk test shoot. Amek je la gambo pa pe pun. Angle x bagus pn hida pun shoot je. Pedulik ape…. Hehe…


Kepada pengkritik-pengkritik / photographer / penggemar diluar sane, sila tinggalkan komen anda disini….











~yg ni bukan hida shoot, harap maklum~

Balik tu, sempat la pi services keta and hantar carwash (ngee..kotor betul keta kamu ni hida!!) jadi, cepat2 la pi basuh keta tu. (^_-)









~yg ni bkn hida shoot... harap maklum~


Sunday, December 27, 2009

Perkahwinan Zuwairy + Rofidah 20/12/2009.

Pada 19 and 20 disember 2009, telah berlangsungnye walimah anak sedara hida. Ngeh2… anak buah lagi tua dari makcik… Alhamdulillah, segalanye berjalan dengan lancar. :#:Zuwairy dan Rofidah :#:.

Nak dijadikan cerita, mase majlis ni, hida dilantik secara x rasmi untuk jadik wedding planner yang x bertauliah. Ape-ape pun, hida lakukan yang terbaik walaupun itu mungkin bukan yang terbaik kalo org tgk. Haha…. Do da best!! Dibantu oleh anak sedara yang merupakan adik pengantin untuk menyiapkan pelamin simple ni. Simple je, sesuai untuk pihak lelaki.


Untuk majlis ni, sempat la jugak hida shoot beberapa gambar. Ngee… da la x reti lg nk guna 400d ni. Juz shoot je. Chantek o x chantek, blakang kira. Janji ade gak. (saye budak baru blaja…)




















Selamat pengantin baru.. semoga diberkatinya.. ^_^











Wednesday, December 23, 2009

400D







baru memiliki EOS Canon 400D yang dibeli second hand dari abg azrill pada jam 10 malam, 16/12/2009 Rabu, bersaksikan bulan purnama yang x seberape nk nmpk... haha.. Sekian lame ku impikan, baru kini ku dapat... kite boleh shooooooooootttttttttt.............!!!!!!!

tapi x sempat la nk update blog ni.. banyak benda nk cerita!! adei...



Wednesday, November 25, 2009

Sekadar Berkongsi

PEMINDAHAN SUM-SUM TULANG (BONE MARROW TRANSPLANTATION) – TANYA-SOAL UNTUK PESAKIT-PESAKIT DAN KELUARGA


Apa itu sum-sum tulang (bone marrow)?
Sum-sum tulang adalah tisu yang didapati di dalam tulang. Sum-sum tulang menghasilkan bahagian-bahagian darah termasuk:


1. Sel darah putih – berfungsi menentang penyakit

2. Sel darah merah -berfungsi mengangkut oksijen

3. Platelets – berfungsi menolong menghalang pendarahan


Apa itu pemindahan sum-sum tulang?
Pemindahan sum-sum tulang allogeneic – ini adalah pemindahan sum-sum dari penderma kepada penerima (pesakit). Penderma biasanya adik-beradik (abang atau kakak) pesakit yang mana jenis tisunya adalah sama.


Pemindahan sum-sum tulang autologous – ini terjadi bila sum-sum tulang pesakit diambil terlebih dahulu dan disimpan, dan diberikan semula kepada pesakit kemudiannya.


Siapa yang patut menerima pemindahan sum-sum tulang?
Ada 3 perkara yang sangat penting dalam menentukan pemindahan sum-sum tulang:


(i) Umur – lebih meningkat tua umur pesakit, lebih banyak risiko pemindahan kerana meningkatnya kejadian komplikasi. Di Malaysia, had umur tertinggi untuk menjalani pemindahan sum-sum tulang adalah sekitar 40 tahun.

(ii) Kesesuaian penyakit – Pemindahan sum-sum tulang bukanlah sesuai untuk semua jenis penyakit darah. Ianya sangat berjaya untuk penyakit “acute myeloid leukaemia” dan juga penyakit “chronic myeloid leukaemia” dalam peringkat awal. Bagi penyakit “aplastic anaemia”, sum-sum baru diperlukan untuk menggantikan sum-sum tulang yang telah tidak berfungsi.

(iii) Kesesuaian penderma- Pemindahan sum-sum tulang allogeneic memerlukan penderma yang mempunyai tisu yang serupa dengan pesakit. Tiada had umur untuk penderma, asalkan mereka sesuai untuk diberi bius am (general anaesthesia)


Bagaiman tisu dijeniskan?
Menjeniskan tisu dilakukan melalui ujian darah. Nama lain untuk penjenisan tisu ialah “HLA typing”. Di Malaysia, penjenisan tisu dilakukan di Pusat Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur.Pemilihan penderma yang bersesuaian biasanya adalah dari abang atau kakak pesakit. Hanya 1 dalam 4 peluang dari seorang abang atau kakak pesakit untuk mempunyai sum-sum yang sesuai. Walau bagaimanapun, peluang untuk ahli-ahli keluarga yang lain (ibubapa atau anak-anak) untuk mendapat tisu yang serupa adalah sangat rendah (lebih kurang 1 dalam 100). Ini kerana jenis tisu punca dari keturunan dari kedua-dua belah keluarga pesakit. Maka jenis tisu yang sama biasanya kenal pasti dari abang atatu kakak pesakit yang mempunyai keturunan HLA yang sama.


Apakah masaalah yang mungkin timbul perkaitan dengan pemindahan sum-sum tulang?
-Kemandulan (sterility)- ketidakupayaan untuk memperolehi anak merupakan kesan sampingan dalam pemindahan sum-sum tulang. Walau bagaimanapun aktiviti sexual tidak terganggu. Di luar negri, pusat bank air mani diwujudkan sebagai pilihan untuk pesakit lelaki.-Perubahan kulit dan keguguran rambut- rambut akan gugur hanya sementara dan akan tumbuh semula selepas pemindahan dilakukan. Manakala perubahan pada kulit terjadi disebabkan oleh kemoterapi yang dilakukan semasa pemindahan tetapi ianya juga hanya sementara.-Mucositis – semasa pemindahan , semua pesakit akan mengalami sakit mulut disebabkan kesan kemoterapi dan ianya untuk tempoh sementara. Pada masa ini pesakit tidak boleh makan dan bergantung kepada saluran intravena untuk zat-zat makanan.-Graft-versus-host-disease – ini merupakan komplikasi baru pemindahan berpunca dari tindakbalas sel-sel immune (pertahanan tubuh) penderma terhadap penerima (pesakit). Ini boleh menyebabkan ruam-ruam, peradangan buah hati dan juga peradangan tali usus.Komplikasi ini biasanya dapat dirawat dengan ubat.-Jangkitan (infections) – Semasa dan selepas pemindahan sum-sum tulang, pesakit akan mengalami risiko tinggi mendapat jangkitan dan akan diberi antibiotik dan juga penjagaan yang teliti selama lebih kurang satu tahun. .


Apakah yang akan dialami oleh pesakit semasa rawatan?


Pesakit akan dirawat di hospital selama satu bulan dan selepas tempoh ini, dikehendaki datang tiga kali seminggu untuk rawatan rapi seterusnya untuk tempoh dua bulan.Ketika berada di hospital, sejenis alat khas yang dipanggil “Hickman catheter” dipasang (dengan menggunakan cara pembedahan kecil) – ianya bertujuan untuk memberi pesakit cecair, kemoterapi, transfusi darah dan juga zat-zat makan terus ke darah.Pesakit seterusnya akan menerima “conditioning kemoterapi” iaitu membuat persediaan bagi sum-sum tulang untuk menerima sum-sum tulang baru. Kesan sampingan “conditioning kemoterapi ” ini termasuk muntah, cirit birit dan kadang-kadang pendarahan dari pundi kencing (bladder).Sum-sum baru yang diambil dari penderma kemudiannya dipindah kepada pesakit. Kiraan darah pesakit akan jadi rendah untuk tempoh dua hingga tiga minggu sebelum sum-sum tulang baru berfungsi.Pesakit dikehendaki mengambil ubat untuk tempoh satu tahun.


Apakah yang akan dialami oleh penderma?
Penderma akan menjalani peperiksaan perubatan untuk memastikan kegerasannya untuk bius am. Seunit darah akan diambil seminggu sebelum pembedahan dan ini akan diberi kembali kepada penderma pada masa pembedahan. Ini untuk mengurangkan keperluan untuk transfusi darah tambahan. Pembedahan atau “bone marrow harvest” akan dilakukan dibawah bius am (general anaesthesia) dan sum-sum tulang akan diambil menggunakan jarum istimewa dari tulang pelvis (hip bone). Tidak ada kesan sampingan cuma penderma akan rasa sakit di bahagian tulang pelvis untuk beberapa hari selepas pembedahan. Penderma biasanya duduk dalam hospital untuk tempoh tiga hari sahaja. Kadangkala, penderma dan keluarga dikehendaki untuk menderma darah platelets untuk beberapa minggu selepas pembedahan. Ini dilakukan dengan menggunakan mesin khas untuk mengambil darah (dari saluran darah vena di tangan) yang dinamakan “cell separator”. Mesin ini akan mengambil sel platelet sahaja dari darah dan kembalikan sel darah merah kepada penderma. Ini merupakan prosedur sakit luar sahaja (mengambil masa 1-2 jam) dan diperlukan lebihkurang 20% pemindahan sum-sum tulang apabila tranfusi darah platelets yang biasa tidak berkesan.


Di mana pesakit boleh membuat pemindahan sum-sum tulang dan berapakah harganya?
Di Malaysia, pemindahan sum-sum tulang untuk pesakit-pesakit dewasa sedang dilaksanakan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur. Untuk kanak-kanak, pemindahan sum-sum tulang dilaksanakan di Hospital Universiti Kuala Lumpur dan juga Institut Pediatrik Kuala Lumpur. Untuk membuat pemindahan sum-sum tulang di luar negeri, belanjaan amat tinggi, lebih kurang MR200,000.Rancangan pemindahan sum-sum tulang untuk pesakit dewasa di Hospital Universiti telah dilaksanakan pada tahun 1993 dan perbelanjaan dikalangan MR40-60,000 setiap orang pesakit



~nape kongsi artikel ni??


*kerana adik angkat hida da nk kena amik air sum-sum tulang..


~apekah kesannye?

* orang kata kesannye mungkin mengalami lumpuh....


24/11/2009, Selasa... hida da pi tgk die kt Hospital Ampuan Rahimah, Klang... balik dari Perak, terus bergegas ke sana. Tak penah drive sorang2 melebihi had laju. ape yang ada dalam hati adalah ingin berjumpa dgn adik angkat.. sampai di Puchong, amik sahabat and terus masuk tol KESAS.. menuju ke Bandar Klang.. MasyaAllah... lajunye hida bawak.. sahabat tenangkan hida. bukan sesaje nk bawak laju, tapi hati ni da melonjak2 nk jumpe adik angkat tu. 

Erm.. Mungkin sebab da lame tak jumpe. Last pn mase hida sem 2 n adik ni br jek abis sek... ngeee.... rindu sgt2.  Sampai je kt spital klang tu, terus je wat muka selamba pi carik wad G2. padahal waktu melawat da tamat. Ye la, hida sampai pn da pukul 7 mlm. Minachi guard tu da pandang semacam je. biar la! (hida kn degil!!) hehehe... Itupun hida speed tahap drift punye... Sampai2 je, rase cam nk nangeh je tgk adik, ye ar....muka pn da pucat...badan pn makin kurus. Allah sahaja yang tahu...

tapi demi menjaga hati die, air mata ni hida tahan gak, x nk die nampak. Alhamdulillah, die pn memang jenis hepi orgnye. kite yg nk nangis pn, x jadik nk nangis sebab die yang wat lawak. sepatutnye kite yang hiburkan hati die, tp die lak yang hiburkan hati kite. Hehe..  Ape la punye kakak!!  Time hida sampai tu, nurse baru nk masukkan darah merah kt die. die cocok tang sana, die cocok tang sini.. ngeeee.....ngeri..

Ha... Lupe lak, hida sempat gak wat kek batik untuk adik. sebab adik suke kek batik. Aritu mase besday die, 19/11/2009 ade la die ckp that die nk kek batik.  Alamak... x pandai wat la. Aci cube2 je. haha... Alhamdulillah, menjadi jugak n die mkn.. tengah borak2... tibe2 minachi guard tu dtg... n bagitau waktu melawat da tamat.  Orait.. kitorang faham (padahal wat muka toya je tanak kuar)


Dah kul 7.15mlm, minachi tu datang lagi... adei....! kali ni memang kena kuar. die iring kami cam bodyguard je sampai pintu kuar. Ngeh2.. sadis sungguh... apepun, minachi itu hanye menjalankan tugasnye. (saye redha) Mase nk balik tu, agak keberatan untuk meninggalkan adik dalam keadaan mcm tu..... Erm... Mudah - mudahan die cepat sembuh... Jika ade alternatif lain, cube dulu, pastu baru la amik air sum -sum tu... Permudahkan urusannya...... Amin.

Saturday, November 21, 2009

Kerja... Kerja..


Dah lame hida tak update blog ni... mungkin kerana kebizian yang melanda.. kerje.. kerje.. dan kerje.. dan mungkin kerana emosi yang terganggu.. ngeh2.. poyo je..